25 Jun 2024 - Program MyFutureJobs Career Launchpad bersama PERKESO telah dijayakan oleh Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE) UiTM Cawangan Selangor (UCS). Program “Siri 1: Kebolehpasaran” ini merupakan siri pertama daripada 3 Siri yang dirancang oleh pihak PERKESO dan akan dijalankan secara berperingkat mengikut Siri dan Fakulti setiap zon di UCS.
Program ini bertujuan menyediakan platform kepada pelajar-pelajar terutama di tahun akhir dalam persediaan sebelum ke dunia pekerjaan dan memberi maklumat serta pendedahan kepada bakal graduan berkaitan kerjaya pasaran modal pada masa kini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat