Bengkel Penulisan Jurnal Berindeks DUCS KK

 

 

10 Julai 2024 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Jurnal Berindeks DUCS KK (Kesenian dan Kreativiti) bagi membantu penyelidik dalam usaha mencapai KPI geran yang telah diperoleh. Sebanyak RM120,000 telah diperuntukkan khas untuk Geran DUCS KK dan telah diagihkan kepada 12 penyelidik khusus dalam bidang Kesenian dan Kreativiti pada Disember 2023.

Hadir menyempurnakan perasmian penutup bengkel dua hari itu adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman. Dalam ucapannya, YBrs. Rektor turut mengucapkan syabas kepada 8 kumpulan penyelidik yang telah berjaya menyiapkan manuskrip untuk diterbitkan, hasil bengkel yang dianjurkan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000