12 Julai 2024 - UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah dipilih sebagai salah satu lokasi penggambaran rancangan “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” sebuah rancangan bual bicara santai terbitan JaPenTV - Jabatan Penerangan Malaysia.
Hadir sebagai panel bual bicara bagi episod ke 3 tersebut adalah YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Puan Dayah Bakar, Hos rancangan televisyen. YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan barisan pengurusan kanan UCS berbesar hati menyantuni kunjungan dari Kementerian Komunikasi yang turut disertai oleh YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif.
Penganjuran program bual bicara santai itu membuka peluang kepada pelajar IPT bagi membincangkan topik berkaitan dasar, inisiatif kerajaan MADANI disamping memupuk semangat patriotisme, keharmonian dan integrasi nasional. Selain UCS, UKM, UIAM, UPM dan USIM juga turut terpilih menjadi lokasi penggambaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat