Program "Gotong Royong Ceria Merdeka UCS" Kampus Puncak Perdana UiTM Cawangan Selangor

 

 

21 Ogos 2024 – Program "Gotong Royong Ceria Merdeka UCS" anjuran staf Pengurusan Kampus Puncak Perdana UiTM Cawangan Selangor telah berjaya diadakan bagi memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor. Program yang melibatkan 40 orang peserta secara gotong royong dan rewang ini berjaya menyemarakkan semangat patriotism di samping merapatkan ukhwah sesama staf.

Antara aktiviti yang diadakan adalah memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan Kampus Puncak Perdana dan rewang menyediakan hidangan istimewa iaitu Bubur Kacang Durian dan Bubur Jagung Sagu. Semoga penganjuran program secara sederhana tapi meriah dengan semangat Jiwa Merdeka ini turut menjadi pemangkin usaha memupuk sifat-sifat positif dikalangan warga UCS.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000