Mobile Community Services-KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS)

 

 

10 Ogos 2024 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah menyertai Mobile Community Services-KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) di Dewan Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor, Perak anjuran Hospital Al Sultan Abdullah (HASA) UiTM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Program jangkau luar (outreach) melalui perkhidmatan klinik bergerak, saringan kesihatan dan pendidikan kesihatan itu memfokuskan kepada rawatan asas serta pemeriksaan percuma kepada komuniti bagi memperkasakan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azri Jaafar, Setiausaha Sulit Kanan yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia dan turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Zamrin Dimon, Pengarah Hospital Sultan Abdulah (HASA) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Sabariah Buhari mewakili UiTM Cawangan Selangor. UCS juga telah mempamerkan dua (2) produk hasil penyelidik UCS iaitu Projek ‘Pembuatan sabun organic eko enzim’ dari Fakulti Farmasi dan Projek ‘Alternative batik - sustainable invention block development tool’ dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dimana kedua produk tersebut mengunakan sisa bahan semulajadi yang dikitar semula untuk dijadikan produk.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000