Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor (UCS) "Pertandingan Memancing Tradisional"

 

 

22 Ogos 2024 – Aktiviti "Pertandingan Memancing Tradisional" sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor (UCS) anjuran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Fasiliti telah berjalan dengan jayanya. Penganjuran pertandingan bukan sahaja bagi menguji kemahiran memancing secara tradisional para peserta, tetapi juga sebagai platform interaksi sosial yang baik dalam menyemarakkan semangat Jiwa Merdeka dikalangan warga UCS.

Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Sr. Dr. Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor iCARE, mewakili Rektor. Pertandingan selama 2 jam yang mendapat sambutan mengalakkan dengan penyertaan penuh sebanyak 25 kumpulan terdiri daripada 50 orang peserta dari pelbagai PTJ di UCS ini telah menyaksikan sebanyak 39.5 kilo ikan berjaya dipancing secara keseluruhan. Pemenang akan diumumkan pada Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsan 2024 peringkat UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000