Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor (UCS) “Sukan Rakyat Tradisional”

 

 

23 Ogos 2024 - Pejabat Bendahari dan Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan aktiviti “Sukan Rakyat Tradisional” bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor. Turut hadir memeriahkan acara yang disertai oleh 80 orang staf UCS adalah YBrs. Prof. Madya Sr. Dr. Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor iCARE, Puan Noor Alzura Alang Idris, Ketua Timbalan Bendahari dan Ts.Hj. Mohamad Hamidi Mohd Jais, Ketua Timbalan Pustakawan.

Empat jenis permainan tradisional telah dipertandingkan, iaitu Bola Beracun, Boling Kelapa, Baling Selipar dan Tarik Tali. Aktiviti Sukan Rakyat Tradisional yang diadakan bukan sahaja mengimbau memori zaman kanak-kanak tentang permainan tradisional yang semakin dilupakan, malah berjaya memupuk semangat berpasukan dan mengeratkan ukhuwah sesama staf UCS. Pemenang bagi setiap kategori permainan akan diumumkan pada Majlis Kemuncak Bulan Kebangsaan 2024.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000