Kursus Pengukuhan Kompetensi Siri 2: Perihal Undang-Undang (Akta 173 dan Akta 605)

 

 

26 Ogos 2024 - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Kompetensi Siri 2: Perihal Undang-Undang (Akta 173 dan Akta 605) dengan kehadiran 95 orang peserta terdiri daripada pegawai Gred 41 ke atas. Sesi perkongsian disampaikan oleh panel jemputan Dr. Ikmal Hisham Bin Md. Tah, Koordinator Undang-Undang UCS dan Encik Encik Mohd. Hafiz Ramlee, Pengarah Bahagian Integriti UiTM.

Hadir menyantuni para peserta dan menyampaikan ucapan aluan adalah YBrs Profesor Ir. Ts. Dr Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi. Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Pengukuhan Kompetensi Siri 1 yang bertujuan untuk memperkukuh dan memantapkan tahap pengetahuan para pegawai UCS berkaitan Akta 173 (penubuhan UiTM) dan Akta 605 (Tatatertib dan Surcaj Badan Berkanun), disamping meningkatkan tahap kompentesi para pegawai dalam melaksanakan tugas.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000