“Kursus Asas Fotografi Menggunakan Telefon Pintar”

 

 

29 Ogos 2024 – Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor (UCS) berjaya menganjurkan “Kursus Asas Fotografi Menggunakan Telefon Pintar” yang disertai oleh kakitangan dari Kampus Puncak Alam, Kampus Sungai Buloh, Kampus Shah Alam, Kampus Jasin, UiTM Cawangan Johor dan Hospital Al-Sultan Abdullah. Perkongsian telah disampaikan oleh Encik Muhammad Ainuddin Mohd Hata, Jurufoto Unit Komunikasi Korporat UCS kepada 47 orang peserta kursus.

Kursus ini memberikan peserta pemahaman asas dalam bidang fotografi menggunakan peranti telefon pintar yang menfokuskan aspek-aspek penting seperti teknik komposisi, pencahayaan, pengaturan eksposure, dan penggunaan aplikasi fotografi.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000