Pertandingan Explorace Merdeka Kampus Sungai Buloh Tahun 2024

 

 

29 Ogos 2024 – Pertandingan Explorace Merdeka KSB Tahun 2024 telah dianjurkan oleh UiTM Cawangan Selangor (UCS) Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan dengan penglibatan seramai 64 orang peserta. Pertandingan dianjurkan bagi memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan serta meningkat semangat patriotisme sempena sambutan bulan kebangsaan.

Hadir memeriahkan dan merasmikan majlis, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, dalam ucapannya turut berharap agar program seperti ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang dalam usaha membina #UCSJiwamerdeka dikalangan warga UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000