Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia 2024

 

 

16 September 2024 - UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul bersempena Sambutan Maulidur Rasul & Hari Malaysia 2024, yang berlangsung di Masjid Puncak Alam. Kontijen UCS telah diwakili oleh Kumpulan 'Safful Mawaddah UCS' yang terdiri daripada 19 orang peserta dari kalangan staf dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Perarakan yang disertai oleh 22 kumpulan melibatkan komuniti setempat itu diserikan dengan kehadiran YB Dato' Harrison Hassan, ADUN Jeram, bersama wakil dari Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam. Penglibatan dalam aktiviti bersama komuniti ini adalah salah satu inisiatif dari Bahagian Hubungan Industri, Alumni & Komuniti (iCARE) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dalam mengeratkan ukhwah dan jalinan UCS dengan komuniti setempat, yang turut mendokong UCS secara tidak langsung.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000