Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan

 

 

19 September 2024 - Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah berjaya dianjurkan. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang juga menyampaikan ceramah bertajuk Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

Penutup program peringkat kampus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, yang dalam ucapannya turut mengharapkan Sambutan Bulan Kebangsaan ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada warga UiTM Cawangan Selangor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000