Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2024 – Februari 2025 UiTM Cawangan Selangor

 

 

23 September 2024 - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa Sesi Oktober 2024 – Februari 2025 UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung di Dewan Berlian, Kampus Puncak Alam. Kursus yang melibatkan seramai 117 orang mahasiswa iaitu wakil-wakil Fakulti dan Kolej Pengajian di UCS telah berlangsung selama 4 hari.

YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS hadir menyantuni peserta dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian penutupan kursus. Beliau turut berharap Pemimpin Mahasiswa dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar dapat membantu memastikan Minggu Destini Siswa kali ini dijalankan dengan lancar dan menunjukkan teladan yang baik kepada mahasiswa baharu yang bakal mendaftar pada 28 September 2024.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000