Perasmian Sesi Taklimat Pengendalian Dan Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar Peringkat UiTM Cawangan Selangor

 

 

27 September 2024 – Perasmian Sesi Taklimat Pengendalian Dan Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar Peringkat UiTM Cawangan Selangor telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Taklimat yang disampaikan oleh Dr Nurfazlinda Binti Md Shah,Ketua Unit Kesihatan Awam UiTM Shah Alam, Sekretariat Pengendalian & Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar bertujuan menyelaraskan perkhidmatan kesihatan mental di UiTM yang merangkumi aspek biologikal, psikologikal, sosial dan spiritual.

Majlis turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan UCS yang telah bersama-sama menyumbang sebagai AJK Penyedia Dokumen Buku Pengendalian dan Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar UiTM iaitu Timbalan Dekan Fakulti HEP Fakulti Sains Kesihatan, Ketua Unit Kerjaya dan Kaunseling, Pegawai Psikologi, Pegawai Psikologi Klinikal, Pegawai Perubatan dan Ketua Unit Kesihatan Awam, Ketua Pejabat Polis Bantuan HASA, Pakar Perunding Perubatan Psikiatri HASA, Penolong Pendaftar Kanan dan Penolong Pendaftar UHEI.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000