PENGENALAN

PENGENALAN PUSAT KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN KESEJAHTERAAN (COSHaW)

Mengenali Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (Centre for Occupational Safety, Health and Wellbeing- COSHaW) di UiTM Cawangan Selangor

Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (Centre for Occupational Safety, Health and Wellbeing- COSHaW),
UiTM Cawangan Selangor sah ditubuhkan pada 24 Julai 2019 melalui Mesyuarat Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 17/2019. Namun, COSHaW mula beroperasi secara rasmi pada November 2019.Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (COSHaW) adalah sebuah pusat tanggungjawab (PTJ) yang berkhidmat terhadap keselamatan dan kesihatan staf dan  juga warga di kampus-kampus UiTM Cawangan Selangor iaitu Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh, Kampus Selayang dan Kampus Dengkil.Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (COSHaW) juga menitikberatkan aspek pencegahan isu keselamatan dan kesihatan yang berupaya untuk menjimatkan kos kesihatan dan keselamatan dalam jangkamasa panjang di samping berusaha ke arah menjadikan kampus-kampus dan warga (staf, pelajar dan warga lain) di UiTM Cawangan Selangor lebih sihat dan selamat.

FUNGSI

FUNGSI DAN PERANAN PUSAT

Mengetahui fungsi dan peranan Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (Centre for Occupational Safety, Health and Wellbeing- COSHaW) di UiTM Cawangan Selangor

  1. Merancang kaedah dan sistem kerja bagi memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di UiTM Cawangan Selangor.
  2. Merancang halatuju keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UiTM Cawangan Selangor bagi kebajikan semua staf, pelajar, kontraktor dan pelawat di dalam kampus - kampus UiTM Cawangan Selangor.
  3. Merancang kaedah yang sesuai untuk mencapai ke arah budaya yang sihat dan selamat di UiTM Cawangan Selangor untuk jangka masa pendek dan panjang.
  4. Merancang pelaksanaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di UiTM Cawangan Selangor.
  5. Memastikan polisi dan semua objektif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dijalankan dengan baik dan dapat dicapai.
  6. Merancang dan memastikan halatuju latihan di dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  7. Memantau dan memastikan semua aktviti di dalam UiTM Cawangan Selangor mengikut regulasi yang lain iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 serta Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Makanan 1984, Destruction of Disease Bearing Insects Act 1975.
  8. Merancang dan memastikan aktiviti latihan dan pengauditan ke arah ISO 45001: 2018 Occupational Health and Safety.
  9. Merancang dan memantau aktiviti - aktiviti merangkumi aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan iaitu Total Workplace Safety and Health (TWSH).
  10. Memantau pengumpulan data, analisa data, pengkalan data yang lengkap dan penyampaian maklumat mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada warrga kampus.
  11. Memantau pelaporan insiden yang berlaku kepada pihak DOSH mengikut akta yang ditetapkan.
  12. Merancang serta memantau aktiviti survelen, penyelidikan dan latihan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.

 

CARTA ORGANISASI

CARTA FUNGSI

CARTA FUNGSI 

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: .

PIAGAM PELANGGAN

AKTIVITI

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: .

NEWS

MUAT TURUN

Manual COSHaW

1

Manual Pengurusan Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Majikan dan Pekerja di Tempat Kerja PDF Download ]

2

Manual Kaedah Pematuhan Akta COVID-19 PDF Download ]

3

Manual Tatacara Bekerja dari Rumah PDF Download ]

Poster Promosi Pendidikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1

APA 1 PDF Download ]

2

APA 2 PDF Download ]

3

Keselamatan Pejabat Semasa Cuti Perayaan Aidiladha

PDF Download ]

4

Keselamatan Pejabat Semasa Cuti Perayaan Aidilfitri

PDF Download ]

5

Poster Ergonomik 1

PDF Download ]

6

Tip Keselamatan Jika Berlaku Kecemasan PDF Download ]

7

Poster My OSH Lapor  PDF Download ]

8

Poster Polisi KKP UCS (26-9-18)

PDF Download ]

Video Promosi Pendidikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1

Tindakan Semasa Kecemasan (final version) PDF Download ]

Alamat :

Seksyen 1: Maklumat umum untuk dihubungi

Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan

Aras 8, Bangunan FSK 2,3,4

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor

Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,

Selangor, Malaysia.


Email :
No. Telefon
: 03-3258 7223 / 224
No. Fax : 03-3258 4019


COSHaW

Dr Mazlifah Omar

Ketua, COSHaW

 603 3258 7222

 Lantikan Baharu

Koordinator Sektor Kesihatan Pekerjaan Dan Persekitaran

 603 3258 7221

En Mohd Izwan Masngut

Koordinator Sektor Keselamatan Pekerjaan

 603 3258 4449

En Muhamad Zulhelmi Md Shakkeri

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

 603 3258 7224

 Puan Suliana Mat Saud

Kerani Kanan

 603 3258 7223

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000