Modul Khusus Kepimpinan Organisasi dan Pengurusan Komunikasi Media

 

25 Mei 2024 - Unit Kepimpinan Pelajar dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan satu Modul Khusus Kepimpinan Organisasi dan Pengurusan Komunikasi Media bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), UCS.

Selain bertujuan mengukuhkan organisasi kepimpinan MPP dan JPK UCS dalam melaksanakan tugas, modul ini juga diharap meningkatkan kemahiran pengurusan komunikasi dan media dikalangan 61 orang peserta yang hadir. Tiga penceramah yang dijemput adalah En Yamin Kamis, Pn Nor Azyyati Md Saad dan En Mohd Yusof Mustaffar yang membawa topik Empowering Dynamic Leadership with NLP, Pengurusan Komunikasi Media, dan Teknik dan Kaedah Berkesan Melalui Sosial Media.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000