UNIT HAL EHWAL ISLAM
- PENGENALAN
- FUNGSI
- CARTA ORGANISASI
- CARTA FUNGSI
- PIAGAM PELANGGAN
- AKTIVITI
- BERITA
- MUAT TURUN
- HUBUNGI KAMI
PENGENALAN
Pejabat Hal Ehwal Islam CITU, UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana mula beroperasi pada 16 Jun 2009 dan ditempatkan di kolej Raflesia. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar dan warga kampus melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, di samping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar dan warga kampus. Bermula 3 Julai 2009, Pejabat Hal Ehwal Islam CITU dipindahkan ke Aras 4, Plaza Satelit B.
Pada tahun 21 Mei 2013, Centre for Islamic Thought and Understanding telah dinaik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Sejajar dengan perkembangan ini, Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam ACIS. Kakitangannya terdiri daripada Timbalan Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Islam, Imam dan Bilal.
Pada 1 Jun 2017, Unit Hal Ehwal Islam UCS sepenuhnya di letakkan di bawah Pejabat Rektor UCS. Lokasi pejabat telah berpindah ke aras 5 , Fakulti Farmasi. Sejajar dengan itu, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mengekalkan objektif yang telah digunakan dengan membuat beberapa penambahbaikan sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman.
3 Mac 1971 |
1998 |
2002 |
2003 |
2004 |
2014 |
Unit Nasihat dan Bimbingan Agama (HEP) |
Unit Kemajuan Islam, Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) |
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (Canseleri) |
Pusat Khidmat Nasihat Agama (HEP) |
Jabatan Kemajuan Islam, Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU) |
Unit Hal Ehwal Islam |
OBJEKTIF
Bertujuan memberi bimbingan keagamaan kepada pelanggan dengan mengarahkan mereka kepada ajaran Islam yang benar, bagi menyelesaikan masalah diri dan nilai sosial yang dihadapi oleh warga UCS.
Berusaha menghindar pelanggan dari terpengaruh oleh aliran dan a yang bercanggah dengan nilai agama
Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa di kalangan warga UCS yang pada umumnya banyak bertitik tolak dari kekurangan pengetahuan agama dan ketiadaan hidayah dan sinar agama
Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelanggan yang ‘integrated’, seimbang pencapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian; dalam rangka melaksana keperibadian Islam yang luhur.
Memberi nasihat kepada pelanggan di dalam masalah agama.
Mengurus dan mengajar di kelas-kelas bimbingan di UiTM Cawangan Selangor.
Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan kepimpinan, forum, ceramah dan sebagainya dengan kerjasama persatuan dalaman, jabatan dan fakulti-fakulti di UiTM Cawangan Selangor
Mengeluarkan risalah-risalah dan siaran mengenai agama dan yang berkaitan dengannya di UiTM Cawangan Selangor
Menguruskan kemudahan untuk pelanggan menjalankan kegiatan agama seperti menguruskan kemudahan surau dan lain-lain kegiatan yang berfaedah kepada Islam di UiTM Cawangan Selangor
PRINSIP BIMBINGAN
Setiap manusia adalah makhluk yang dinamis walaupun terdapat kelainan keperibadian dan latarbelakangnya. Bakat yang ada hendaklah dikembangkan sehingga menjadi warganegara yang baik
Suatu keperibadian yang bersifat individual tersebut terbentuk dari dua faktor; iaitu faktor dari dalam yang berupa bakat dan ciri-ciri keturunan, baik jasmani maupun rohani; dan faktor yang dipengaruhi dari lingkungan masa kini maupun masa lampau
Setiap insan adalah makhluk yang berkembang, justeru itu ia senantiasa berkemungkinan berubah. Proses perkembangan dan perubahan ini dapat dibimbingkan ke arah tujuan hidup yang menguntungkan bagi diri insan itu sendiri, institusi di mana ia belajar dan bekerja
Apa yang tidak mungkin keseluruhannya dicapai maka usaha-usaha untuk mencapai sebahagiannya tidak akan ditinggalkan begitu sahaja, dengan menyedari skop dan batas tanggungjawab serta kemampuan yang ada
Kebijaksanaan adalah merupakan dasar utama, dengan bersandarkan tuntutan al-Quran dan Hadis Rasul; dengan mengambil perhatian ciri-ciri kelainan, latar belakang pendidikan dan suasana persekitaran yang mempengaruhinya
PERKHIDMATAN
Memberi perkhidmatan secara:
1. Adaptive
Berkemampuan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa secara kreatif dan fleksibel serta tidak dikongkong oleh norma-norma tradisional
2. Versatile
Mempunyai kecekapan di dalam berbagai lapangan untuk memenuhi tuntutan semasa dan masa hadapan
3. Tolerant
Mempunyai sikap toleransi dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi keadaan persekitaran di luar jangkaan supaya dapat beroperasi secara berkesan menangani keadaan global yang sentiasa berubah
FUNGSI
PERKHIDMATAN
Memberi perkhidmatan secara:
1. Adaptive
Berkemampuan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa secara kreatif dan fleksibel serta tidak dikongkong oleh norma-norma tradisional
2. Versatile
Mempunyai kecekapan di dalam berbagai lapangan untuk memenuhi tuntutan semasa dan masa hadapan
3. Tolerant
Mempunyai sikap toleransi dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi keadaan persekitaran di luar jangkaan supaya dapat beroperasi secara berkesan menangani keadaan global yang sentiasa berubah
CARTA ORGANISASI
CARTA FUNGSI
PIAGAM PELANGGAN
EVENT
NEWS
Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam Selangor Darul Ehsan
Email : @uitm.edu.my
No. Telefon : 03-3258 4102
No. Fax : 03-3258 4110
https://previewer.adalo.com/b2c13f13-1104-46e2-8924-4229e6ed6b46
NAMA | JAWATAN | NO. TELEFON | NO. FAKS |
KAMPUS PUNCAK ALAM |
|||
Ketua Unit Hal Ehwal Islam | |||
Haji Lufti Fauzi Bin Haji Sabari | Timbalan Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam) | 603 3258 4102 | |
Pentadbiran | |||
Muhammad Arif bin Mohmad Shah | Kerani | 603 3258 4109 | |
Seksyen Dakwah Dan Khidmat Komuniti | |||
Kosong | Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Islam) | 603 3258 4112 | |
Seksyen Bimbingan Dan Pendidikan | |||
Mohd Hafiz Bin Mohd Hasan | Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam) | 603 3258 7838 | |
Khairul Azwad Ibrahim | Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Islam) | 603 3258 7830 | |
Seksyen Pengurusan & Imarah Masjid | |||
Noor Rashidah A. Rahman | Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam) | 603 3258 4106 | |
Muhamad Zaki Mustapa | Pegawai Eksekutif HEI (Imam) | 603 3258 4119 | |
Mohd Norhisyam Azman | Pegawai Eksekutif HEI (Imam) | 603 3258 4104 | |
Muhamad Iqbal Kasmuri | Kerani Kanan HEI (Bilal) | 603 3258 4103 | |
KAMPUS PUNCAK PERDANA |
|||
Mohd Hafiz Bin Mohd Hasan | Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam) | 603 7962 2038 | |
Umar Zahid Bin Ramlan | Kerani HEI (Bilal) | 603 7962 2037 | |
KAMPUS DENGKIL |
|||
Ahmad Firdaus Ismail | Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam) | 603 8924 5204 | |
Abdul Rahman Abdul Rani | Pegawai Eksekutif Kanan HEI (Imam) | 603 8924 5203 | |
KAMPUS SUNGAI BULOH / SELAYANG / TELUK INTAN |
|||
Muhammad Najih Irsyad Ahmad Puhad | Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Islam) | 603 6126 7562 |