Mesyuarat Timbalan Rektor iCARE Bersama Peniaga-Peniaga di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

22 September 2022 - UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.  Mesyuarat Timbalan Rektor iCARE Bersama Peniaga-Peniaga Di UiTM Cawangan Selangor telah diadakan pada jam 10.00 pagi di Dewan Anggerik Sari, Aras 3, Plaza Satelit B, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.  Mesyuarat ini melibatkan kehadiran seramai 100 peniaga dari kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana.   

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang persediaan peniaga bagi kemasukan pelajar baru ke UiTM untuk semester Oktober 2022.  Semua peniaga di minta untuk membuat persediaan pembukaan gerai / kedai masing-masing bagi menampung keperluan makanan, minuman dan peralatan pembelajaran pelajar.  Di samping itu, satu taklimat berkenaan dengan perlindungan takaful juga telah dkongsikan oleh wakil dari pihak FWD Takaful.  

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000