SESI LIBAT URUS PROGRAM PAYNET PENDIGILAN KAMPUS SIRI KETIGA TAHUN 2024 BERSAMA iCARE DAN BAHAGIAN HEP, UITM CAWANGAN SELANGOR

    2 Januari 2025 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) berbesar hati menerima kunjungan dari PayNet Malaysia bagi satu sesi libat urus dan perbincangan berkaitan penglibatan dan pencapaian UCS dalam Program Pendigitalan Kampus Siri Ketiga Tahun 2024 (PayNet Digital Campus 3.0).

    Menyambut kehadiran wakil PayNet dan mempengerusikan sesi adalah YBrs. Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Timbalan Rektor Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE), bersama barisan pengurusan UCS. Dalam sesi yang sama, pihak PayNet diwakili oleh Encik Firdaus Ghani, Pengarah Kanan Bahagian Pendigitalan Kerajaan turut menyampaikan sumbangan zakat untuk diagihkan kepada mahasiswa UCS. Inisiatif PayNet dengan kerjasama pihak universiti untuk memperkasakan penglibatan mahasiswa dalam industri pendigitalan diharap membuahkan hasil, sekaligus meningkatkan kemajuan negara.

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000