Select your language

Majlis Perbarisan Akhir "Selaut Budi Seribu Memori’

 

 

18 Disember 2024 - Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Majlis Perbarisan Akhir "Selaut Budi Seribu Memori’. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan atas sokongan YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa sepanjang menjawat jawatan Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Selangor.

Seramai 700 orang pelajar Badan Beruniform telah menyempurnakan perbarisan akhir tersebut, memberikan tanda hormat kepada Timbalan Rektor HEP Ke-2. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kehormat Kesatria, Ketua- ketua Unit, Pegetua Kolej,Staf Kokurikulum, Penyelaras Kokurikulum dan Jurulatih Kokurikulum.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000