Select your language

Program Fun Fitness: Aerodance UCS Rector’s Cup 2024

 

 

4 Januari 2025 - Program Fun Fitness: Aerodance UCS Rector’s Cup 2024 anjuran Kelab Program Siswa Sihat (PROSIS) sesi 2024/2025 telah dijayakan dengan kerjasama Persatuan Kesenian dan Kebudayaan (PERSENI). Program yang disertai seramai 50 orang pelajar UiTM Cawangan Selangor itu bertujuan memupuk kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti fizikal serta mencungkil bakat mahasiswa dalam mempelopori senaman berbentuk aerodance.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr Norazmir Md Nor, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, mewakili Rektor. Penganjuran program Aerodance diharapkan memberi pengalaman yang menyeronokkan, mengujakan, dan membawa impak positif kepada semua peserta.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000