Select your language

Program Penghayatan Israk dan Mikraj

 

 

9 Januari 2025 - Program Penghayatan Israk dan Mikraj telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Harmoni, Briged Sukarelawanan UCS dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Rafflesia. Program yang mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran hampir 1000 orang pelajar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.

Ceramah telah disampaikan oleh Da’ie Izzhar Nazri yang menyampaikan perkongsian ilmu bertajuk ‘Satu Malam Sejuta Hikmah’ dengan membawa penghayatan dan iktibar berdasarkan kisah perjalanan luar biasa Nabi SAW di malam Israk dan Mikraj.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000