Select your language

Program Red Ribbon for Unity Run

 

 

12 Januari 2025 - Program Red Ribbon for Unity Run anjuran Kelab PROSIS UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Rafflesia, telah berjaya dijalankan dengan penglibatan seramai 355 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti.

Program yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dengan diiringi oleh Profesor Madya Dr Norazmir Md Nor, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UCS ini diadakan bertujuan memberi kesedaran tentang penyakit HIV / AIDS dalam kalangan warga UiTM sekaligus pengamalan gaya hidup sihat. Program ini juga merupakan tanda sokong kepada Sambutan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada setiap 1 Disember.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000