Pelajar UiTM Cawangan Selangor Rangkul Gelaran Pegawai Kadet SISPA Terbaik Keseluruhan IPT

 

 

5 Mac 2023 - Seramai 27 Pegawai Kadet Sispa UiTM Cawangan Selangor telah dianugerahkan pangkat Leftenan Muda (Pertahanan Awam) pada Majlis Pertauliahan Kor Sispa Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 yang telah berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Amat membanggakan apabila Anugerah Pegawai Kadet Sispa Terbaik bagi setiap IPT yang terlibat telah diterima oleh Lt. M (PA) Nornajihah Farhana Binti Mansor bagi Kor Sispa UiTM Cawangan Selangor yang telah disampaikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas - tugas Khas)

Kapten Bersekutu (PA) Mohd Tarmizi Abdul Raman yang juga Ajutan Kor SISPA UCS turut hadir dan menjadi Pegawai Pengiring bagi Kontinjen UiTM Cawangan Selangor pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pegawai Muda yang Telah ditauliahkan moga khidmat dan bakti kepada masyarakat menjadi pegangan bagi setiap Pegawai Muda SISPA dalam merakyatkan masyarakat melalui Ilmu Pertahanan Awam.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000