Pelaksanaan Initiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

1 Mac 2023 - Perbincangan pelaksanaan Initiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menerusi vending mesin RM2, telah diadakan di UCS Kampus Puncak Alam. IPR merupakan initiatif basmi kemiskinan kumpulan miskin tegar yang baru dilancarkan oleh Menteri Ekonomi.

Hadir ke sesi perbincangan bersama Timbalan Rektor HEP, Prof. Madya Dr Badrul Isa ialah wakil dari Kementerian Ekonomi iaitu Encik Aszmy Mahmood Yusof bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kemiskinan, Kementerian Ekonomi, Encik Nik Ammar bin Wan Mohd Fauzi, Penolong Pengarah, Unit Kemiskinan, dan Encik Ahmad Syukri Che Ab Razab, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Ekonomi.

YBhg. Prof Ts. Dr. Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan tugas tugas Rektor UCS turut sempat meluangkan masa bersama wakil dari Kementerian Ekonomi (KE) dalam satu sesi perbincangan yang ringkas. Hasil perbincangan diharapkan dapat memberi impak positif kepada warga UCS.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000