Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor

PUNCAK ALAM, 17 APRIL 2023 – Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UCS 2023 telah diadakan di Dewan Seri Alam, Hotel UiTM Puncak Alam. Program ini telah melibatkan 122 orang penerima bakul syawal yang terdiri daripada staf Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Dengkil. Program yang diadakan julung kalinya ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban terutamanya menjelang Syawal yang bakal tiba.

Majlis ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam UCS dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan TRIplc Ventures Berhad. Unit Hal Ehwal Islam selaku rakan strategik agihan fidyah MAIS turut mengagihkan Kotak Fidyah kepada penerima sumbangan.

Majlis seumpama ini dianjurkan bagi memberi rasa kegirangan di kalangan staf UCS untuk berhari raya dan memupuk rasa prihatin serta empati sesama rakan sekerja. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg Prosefor Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan & Inovasi, Menjalankan Tugas-tugas Rektor UCS.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000