UITM CAWANGAN SELANGOR IPTA PERTAMA JELAJAH GENTA BELIA

PUNCAK ALAM, 17 Jun 2023 – Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Selangor (MBSDKS) serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej Rafflesia (JPK) telah berjaya mengadakan Jelajah Genta Belia X Raff Go Beyond Peringkat Daerah Kuala Selangor Tahun 2023 yang bertempat di Ruang Legar Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR) Kampus Puncak Alam.

Dalam ucapan aluan yang telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi) Menjalankan Tugas-Tugas Rektor, beliau berbesar hati kerana UiTM Cawangan Selangor merupakan IPTA pertama yang telah dipilih menjadi lokasi kedua bagi Jelajah Genta Belia. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Imran Bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Selangor yang turut disaksikan oleh lebih 200 orang mahasiswa.

Jelajah Genta Belia X Raff Go Beyond peringkat Daerah Kuala Selangor tahun 2023 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor dan UiTM Cawangan Selangor merupakan antara inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan bagi membantu golongan belia dengan memberi pendedahan berkaitan inisiatif-inisiatif pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Dengan adanya program seumpama ini, secara tidak langsung kita dapat membantu melahirkan mahasiswa dari kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Selangor yang berkebolehan dalam aktiviti ekonomi serta meningkatkan keupayaan dan daya saing belia.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000