PUNCAK ALAM, 20 Jun 2023 – Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor hari ini telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Acara, Protokol dan Pengurusan Media yang bertempat di Dewan Seri Anggerik, Plaza Satelit B, Kampus Puncak Alam dengan menampilkan Puan Ismayaza Noh & Puan Nora Noordin sebagai penceramah jemputan. Kursus ini dianjurkan sebagai suatu usaha berterusan pihak UCS dalam memantapkan fungsi Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor.
Didalam ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi) Menjalankan Tugas-tugas Rektor, beliau berharap agar warga UiTM Cawangan Selangor dapat menyeragamkan dan memantapkan semua pengurusan perkhidmatan hal ehwal korporat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Seramai 50 orang peserta dari kalangan kakitangan UiTM Cawangan Selangor dan wakil Unit Komunikasi Korporat Fakulti-fakulti telah menghadiri kursus ini. Melalui kursus ini, diharapkan dapat menghapuskan kesenjangan ataupun jurang diantara pengurusan perkhidmatan hal ehwal korporat dikalangan jabatan-jabatan di UiTM Cawangan Selangor, dan unit-unit komunikasi korporat dari fakulti-fakulti serta kampus-kampus di bawah UiTM Cawangan Selangor. Dijangkakan kursus kesinambungan akan diadakan dalam masa terdekat memandangkan sambutan terhadap kursus ini amat menggalakkan dari warga UCS.
Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)