Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan Anjuran Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia

PUNCAK ALAM, 27 Jun 2023 – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan – Membina Pasukan Cemerlang bertempat di Dewan Anggerik Sari, Plaza Satelit B (PSB).

Seramai 50 orang staf yang terlibat secara langsung dengan perkhidmatan kaunter ataupun petugas barisan hadapan telah menyertai kursus yang disampaikan oleh Puan Alfina Bakar (K.M.N, CHRM), Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

Kursus ini antara lainnya bertujuan untuk meningkatkan imej sebagai petugas barisan hadapan dan mengaplikasi sikap-sikap positif dalam perkhidmatan pelanggan.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000