Program Hot Chocolate - Research Talk Siri 2/2023

    PUNCAK ALAM, 5 Julai 2023 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah mengadakan program Hot Chocolate Research Talk yang bertempat di Dewan Kuliah 2 Kompleks Alam Bina dan Seni Reka UiTM Puncak Alam. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS).

    Program yang berlangsung selama 2 jam tersebut turut menampilkan YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UCS, sebagai moderator. Dua orang panel jemputan dari Universitas Negeri Yogyakarta, Profesor Dr. Jui Ching Wang dan Associate Professor Dr. Shei Chau Wang telah menyampaikan perkongsian mengenai dua topik yang sangat menarik iaitu:

    - Flowing Down Begawan Solo: An Interdiciplinary Lesson Model on Music and River

    - Using Your Artistic Strengths in Research: Introducing Art- Based Research and Visual Essay

    Program yang amat bermanfaat ini telah dihadiri oleh pelajar, pensyarah dan penyelidik universiti.

     

    Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000