Lawatan Kerjasama Fulbright Specialist dari New York, USA

    PUNCAK ALAM, 7 Ogos 2023 - Satu sesi perbincangan berkaitan penanaman pintar dan industri herba di Malaysia telah dijalankan di UiTM Cawangan Selangor. Lawatan kerjasama yang dihadiri oleh Prof. Dr Vyacheslav Dushenkov itu telah disambut baik YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS), yang seterusnya membawa kepada lawatan tapak Rumah Hijau (Greenhouse) UCS.

    Lawatan seumpama ini selari dengan fokus utama UCS untuk menjadi cawangan yang berteraskan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Komunikasi.

     

    Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000