Lawatan dari Prince Of Songkhla Universiti, Pattani, Thailand ke UCS

18 September 2023 - Seramai 40 pelajar dari Prince Songkhla Universiti Thailand, telah mengadakan lawatan ke UiTM Cawangan Selangor.

Kunjungan telah disambut mesra oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Selangor kepada pelajar-pelajar dari Prince of Songkhla Universiti.

Antara aktiviti yang diadakan bagi meraikan kedatangan mereka adalah mencanting batik dan melawat sekitar Kampus Puncak Alam.

Diharapkan dengan sesi lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara kedua buah universiti.

 

Sumber : Muhammad Ainuddin Mohd Hata (Unit Komunikasi Korporat)

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000