Temubual Rektor UiTM Cawangan Selangor Bersama Media Prima

4 Oktober 2023 – Satu sesi temubual YBhg. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor telah diadakan bersama wartawan dari Media Prima dan Utusan Malaysia.

Temubual ini dijalankan bagi memulihkan imej UiTM Cawangan Selangor yang dicemarkan dengan berita yang tular di media sosial. Sesi ini juga bagi menjernihkan keadaan dengan memberikan penjelasan dan fakta yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan.

Topik perbincangan turut berkisar tentang keterujaan pelajar memulakan sesi pengkuliahan semester 20234 dan perancangan UCS untuk penambahbaikan kemudahan pelajar di Kampus Puncak Alam.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000