21 Oktober 2023 – TAHNIAH kepada Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) kerana berjaya menganjurkan program Hari Sukan Negara Peringkat Kampus Puncak Alam, UiTM Cawangan Selangor hari ini.
Program ini dijayakan bersempena Sambutan Tahunan Hari Sukan Negara yang telah diwartakan pada minggu kedua pada bulan Oktober setiap tahun. Ianya berjaya mendapat sambutan meriah dari kalangan pelajar dan warga UCS dan mencatatkan rekod penyertaan seramai 3,322 orang peserta.
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program hari ini adalah Senamrobik, ‘Fun Run’ 5 Kilometer, Bola Jaring Shoot-out, Bola Sepak Shoot-out, dan Futsal. Lebih menarik, aktiviti senamrobik yang telah diketuai oleh pelajar dari Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam
Pelepasan larian ‘Fun Run’ 5 Kilometer telah sama-sama disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Profesor Madya Dr Rosmadi Ghazali dan Timbalan Rektor (Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE)), serta beberapa wakil pengurusan UCS.
Rata-rata pelajar amat teruja dengan program yang dijalankan ini dan berharap program seumpama ini terus diadakan pada masa-masa akan dating. Program ini bukan sahaja memberi manfaat darei segi kecergasan tubuh badan dan kesihatan mental, sekaligus ia melonjakkan indeks keceriaan dan kegembiraan dikalangan warga UiTM Cawangan Selangor.
#UCSCemerlang
Sumber : Unit Komunikasi Korporat