27 Oktober 2023 - ‘Selawat Walk ‘ telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam hari ini sempena program Jom Sihat @ UCS siri ke-4.
Program ini merupakan kesinambungan Sambutan Maulidur Rasul peringkat UCS, yang telah dirasmikan pada 20 Oktober 2023. Ia juga diadakan bertujuan memupuk perasaan cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad SAW disamping menghayati ibrah hijrah Nabi dari Makkah ke Madinah, ujar Al-Fadhil Ustaz Khairul Azwad Ibrahim dalam ucapan aluannya selaku pengarah program.
Antara aktiviti yang diadakan sempena program yang telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM Cawangan Selangor ini adalah senaman ringan, aktiviti bola beracun, selawat , penerangan fadhilat berselawat dan di akhiri dengan penyampaian hadiah.
Tahniah UHEI atas penganjuran program bermanfaat ini yang telah berjaya menarik minat seramai lebih 80 orang peserta dari kalangan staf UiTM Cawangan Selangor.
Sumber : Unit Komunikasi Korporat