Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor 2023

PUNCAK ALAM ,  31 Oktober 2023 - Melalui budaya sinergi, semangat kolaborasi, komitmen dan semangat mengutamakan pelanggan yang bernama mahasiswa, Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor 2023 telah berjaya dianjurkan.

Majlis perasmian majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor dengan diiringi oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (HEP) serta barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor.

Melalui penganjuran program dua hari yang bermanfaat ini, mahasiswa mahasiswi diberi pendedahan dan perkongsian informasi yang terbaru, tepat dan menyeluruh berkaitan perkhidmatan HEP. Diharapkan agar mahasiswa mahasiswi menyedari bahawa peranan, fungsi dan skop perkhidmatan HEP adalah sangat penting selaras dengan kepentingan aspek akademik mereka.

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Selangor

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000