PUNCAK ALAM , 6 November 2023 - Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD), UiTM dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor dengan jayanya telah menganjurkkan Program UiTM Leaders Engagement with Living Lab Community@Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor.
Hasil dari kunjungan YBhg Datuk Naib Canselor UiTM ke Sabak Bernam pada 16 Julai 2023, beliau telah mengishtiharkan Daerah Sabak Bernam sebagai UiTM Living Lab bagi membantu komuniti setempat ke arah pemerkasaan kualiti kehidupan. UiTM Living Lab telah mendapat kelulusan Senat UiTM ke-297 pada 11 Ogos 2023.
Matlamat UiTM Living Lab ini adalah untuk menjadikan Komuniti Sabak Bernam sebagai komuniti angkat bertujuan untuk memperkasakan kualiti kehidupan, sosioekonomi, pendidikan, pertanian, agropelancongan dan kesejahteraan komuniti di Sabak Bernam, Selangor melalui penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan oleh penyelidik UiTM.
Sehubungan dengan itu, Program Leaders Engagement with UiTM Living Lab @Sungai Panjang Community ini dibentuk sebagai salah satu strategi dalam melaksanakan aspirasi UiTM Living Lab @ Sungai Panjang dengan mengkhususkan kepada bidang pertanian dan agrotourism. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan komitmen kepada penyelidik terkehadapan UiTM tentang permasalahan komuniti penanam padi di Sungai Panjang dan memberi cadangan penyelesaian yang bersesuaian dapat ditawarkan oleh pihak universiti. Selain itu, program ini juga bakal merancang dan melaksanakan secara kolektif dan sistematik cadangan penyelesaian terhadap permasalah yang dihadapi rakyat. Seterusnya membangunkan pelan jaringan komunikasi jangka panjang yang efektif di antara universiti, industri dan komuniti bagi menghidupkan UiTM Living Lab@Sungai Panjang Selangor.
Program ini turut dihadiri oleh petani dan pesawah dari komuniti Sungai Panjang, Sabak Bernam serta pegawai dari pelbagai agensi luar yang berkaitan dengan pertanian di Sungai Panjang, Sabak Bernam. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Iada Barat Laut Selangor, Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA), Agensi Nuklear Malaysia, AGROBANK, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Pertubuhan Peladang Kawasan Sabak Bernam & Bestari Jaya, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Zeenex Agroscience Sdn Bhd.
Hadir di Majlis Perasmian, Ybhg. Prof. Datuk Dr Mizan Bin Hitam, Penolong Naib Canselor (PNC) Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM berharap program ini bakal memberi impak yang signifikan dalam bidang penyelidikan dan inovasi UiTM dalam meningkatkan kualiti kehidupan komuniti di Sabak Bernam, khusunya petani dan pesawah yang bakal meraih manfaat dalam pelbagai aspek pertanian, keusahawanan dan kehidupan. Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg Profesor Dr. Nor Azura Md Ghani, Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan, UiTM, YBhg Profesor Madya Dr. Alawi Bin Haji Sulaiman, Pengarah, Institut kepimpinan Institusi, ILD, UiTM serta Ybhg Prof Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Selangor.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Selangor