PUNCAK ALAM , 20 November 2023 - Program ini telah diadakan di DK500, Bangunan FF4, yang dimulakan dengan sesi Taklimat Pencegahan Rasuah oleh YBrs. Tuan Ahmad Nuri Muda, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor dan kemudian diikuti oleh sesi bacaan Ikrar Bebas Rasuah.
Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.
Program telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh seramai 310 orang peserta yang terdiri daripada staf Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Selangor