Sesi Audit Pematuhan Etika peringkat UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjalan selama tiga (3) hari mulai 22 hingga 24 November 2023. Sesi audit ini dilaksanakan sebagai kawalan dan pemantauan keatas pelaksanaan tadbir urus tangkas UiTM.
Audit dijalankan oleh para auditor berpengalaman yang dilantik oleh Universiti. Warga UCS turut menyokong penuh pelaksanaan audit ini sebagai inisiatif memastikan keaturan dan pengukuhan pembudayaan integriti di UCS.
Terima kasih diucapkan kepada semua auditor yang telah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti sepanjang proses audit. Semoga warga UCS terus konsisten cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab dan proses kerja harian.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat