Program Casuarina Food Fiesta, Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

24-26 November 2023 - Program Casuarina Food Fiesta, anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Casuarina UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah diadakan selama tiga hari berturut-turut dengan sambutan yang amat luar biasa iaitu seramai 6865 orang pengunjung hadir memeriahkan suasana.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar, kakitangan, serta orang awam untuk menikmati pelbagai jualan makanan dan minuman yang menarik sepanjang program. Dari makanan tempatan hingga hidangan antarabangsa, Casuarina Food Fiesta turut menyediakan platform kepada peniaga tempatan untuk mempamerkan kepelbagaian jualan mereka, termasuk jualan pakaian dan aksesori yang menyemarakkan lagi suasana beli-belah. Acara turut dimeriahkan lagi dengan sesi busking yang dipersembahkan oleh Persatuan Perseni.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000