Lawatan Klinik Pergigian Garnet, Fakulti Pergigian UiTM

30 November 2023 - Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman berbesar hati membuat lawatan ke Klinik Pergigian Garnet, Fakulti Pergigian UiTM diiringi oleh Dekan, YBhg. Profesor Dr Aida Nur Ashikin Abd Rahman serta beberapa barisan pengurusan UiTM Cawangan Selangor.

Klinik Pergigian Garnet merupakan klinik pergigian satellite Fakulti Pergigian UiTM untuk memberikan perkhidmatan pergigian kepada warga UiTM Kampus Puncak Alam dan penduduk setempat. Klinik ini adalah untuk penempatan latihan klinikal pelajar Pascasiswazah yang menjalani pengajian untuk menjadi Pakar Pergigian pelbagai bidang, antaranya Pakar Restoratif dan Pakar Pergigian Penjagaan khas.

Klinik yang berkapasiti 10 kerusi pergigian untuk pelajar dan dua klinik pakar dilengkapi dengan mesin x-ray dan bilik plaster dan kelas pintar ini bakal dibuka pada bulan Disember 2023.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000