2 Disember 2023 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Dahlia buat pertama kali telah berjaya menyantuni seramai 20 orang pelatih Asrama Bahagia, Kuala Lumpur bersempena Dahlia Women Empowerment Program 2023.
Pendekatan membawa pelatih-pelatih ini ke Kolej Dahlia merupakan sebahagian daripada usaha memupuk semangat kesukarelawanan dikalangan mahasiswa agar lebih prihatin dan berusaha mengurangkan jurang antara para pelatih dengan masyarakat.
Para pelatih turut diberikan maklumat dan penerangan mengenai Program Pra-Diploma yang merupakan initiatif UiTM memberi laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam. Perkongsian ini adalah bertujuan memberi semangat kepada para pelatih menyambung pengajian selepas mereka keluar daripada asrama tersebut.
Program ini juga telah menarik minat beberapa pertubuhan dan NGO antaranya Pertubuhan Ar-Riqab Chow Kit, Sukarelawan Dakwah Islamiah (Sudi) dan Sukarelawan Sosial Islam (SSI) untuk bersama-sama menyantuni para pelatih Asrama Bahagia. Penganjuran program ini merekodkan penyertaan seramai lebih 500 orang peserta.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat