Program Jualan Rahmah Outdoor dan Klinik Perubatan dan Pergigian Bergerak

 9-10 Disember 2023 - Pasukan Bas Pergigian dan Perubatan Bergerak UiTM telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan di DUN Machap Simpang Renggam Johor sempena Progam Jualan Rahmah Outdoor Dan Klinik Perubatan dan Pergigian Bergerak sempena Majlis Ramah Mesra MB Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama rakyat.

Aktiviti ini dihadiri Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Dr Nurul Asyikin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam, Dr Shamsul Maali, ADUN Simpang Renggam, YBhg. Datuk Seri Utama Hasni Mohammad, serta ketua-ketua dan wakil Perbadanan Pengangkutan Johor, KPDN.

Pasukan dari UiTM disertai oleh Dekan Pergigian, Profesor Dr Aida Nur Ashikin Abd Rahman, Timbalan Dekan Klinikal Pergigian, Koordinator Bas Pergigian Bergerak Perubatan, dan Pakar Perubatan Keluarga, Profesor Madya Dr Farnaza Dato’ Ariffin, doktor pergigian dan doktor Perubatan, pelajar pergigian, jururawat, pembantu pembedahan pergigian, pembantu jurutera, Pembantu Perawat Kesihatan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000