14 Disember 2023 - Pusat Pengajian Kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM dengan usahasama Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah berjaya menganjurkan The Sepsis Awareness Day di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Perasmian program disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.
Program yang mendapat sambutan seramai 300 orang peserta ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang sepsis, kemahiran tentang penjagaan pesakit selepas sembuh, serta memberi pendedahan kepada orang ramai bagaimana mencegah jangkitan kuman.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat