Majlis Penyerahan Projek Komuniti Dibawah Program Komuniti Subang Jaya Smart Vibrant (SJSVCG)

    20 Disember 2023 - Tahniah diucapkan kepada penyelidik-peyelidik dari Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM yang diketuai oleh Sr. Dr Hafiszah Ismail atas kejayaan Majlis Penyerahan Projek Komuniti dibawah Program Komuniti Subang Jaya Smart Vibrant (SJSVCG). Projek yang diberi tempoh selama setahun itu berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan dengan memenuhi semua kriteria geran.

    Empat projek yang disiapkan dibawah program komuniti tersebut adalah Muliti-sensory Garden Features, Greenhouse, Rainwater & Harvesting System dan Accessible Garden Features yang mensasarkan manfaat kepada warga emas. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh ketua projek kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Kebun Komuniti USJ 6, MPP Zon 4 Subang Jaya.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000