Program Komuniti Sihat Keluarga Bahagia

    8 Januari 2024 - Bertempat di Dewan Serbaguna, Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang telah berlangsungnya Program Komuniti Sihat Keluarga Bahagia, satu program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar Sarjana Muda Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Selangor yang mengikuti pengajian di bawah Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Professional (iCEPS) UiTM.

    Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Rosli bin Md Diah, Pengurus Felda Lurah Bilut dan telah mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya Jawatankuasa Kampung, Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Rancangan Felda Lurah Bilut; Pejabat Kesihatan Daerah Bentong; Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Daerah Bentong; Kelab Doktor Muda, SK Lurah Bilut dan warga Tabika Kemas Lurah Bilut.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

     

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000