Program "Bersalahkah Aku? 2.0"

18 Januari 2024 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Program “Bersalahkah Aku? 2.0”. Program ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan bagi mengawal kesalahan dan salah laku dikalangan pelajar yang tinggal di kolej kediaman dengan menampilkan penceramah jemputan, DSP/PB Armyn Fahmy Mohd Fahmy, Timbalan Pendaftar Kanan (HEP) UiTM.

YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati merasmikan program ini yang dihadiri seramai 130 orang pelajar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengingatkan pelajar agar sentiasa cakna dengan peraturan dan dasar yang terpakai sepanjang tinggal di kolej kediaman.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000