Mesyuarat Pengurusan Tertinggi UiTM bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Sesi Lawatan Tapak Bangunan Residensi Yayasan LTAT di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

    6 Februari 2024 - Satu mesyuarat diantara Pengurusan Tertinggi UiTM bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sesi lawatan tapak Bangunan Residensi Yayasan LTAT telah diadakan di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (iCAN) UiTM bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.

    Hadir sama mewakili UiTM adalah YBhg. Profesor Sr Dr Md Yusof Hamid, Penolong Naib Canselor (Pembangunan), YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, barisan pengarah iCAN, serta wakil pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor. Beberapa perkara penting telah dibincangkan, termasuk penubuhan jawatankuasa pengurusan dan operasi residensi yang dijangka siap dibina pada Mac 2024.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

     

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000