UiTM Cawangan Selangor (UCS) Juara Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) 2024

 

4 Mac 2024 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah mengukir nama dan sejarah apabila sekali lagi dinobatkan Juara Keseluruhan pada Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) Kali Ke-29 Tahun 2024. Karnival yang berlangsung selama 9 hari di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau itu telah melibatkan 14 kontijen dari seluruh UiTM.

Piala kemenangan buat kali ke-9 berturut-turut UCS telah disambut oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, pada majlis penutup karnival yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan. UCS dinobatkan juara keseluruhan KARISMA 2024 dengan pungutan 28 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada kontinjen UCS yang telah bertungkus-lumus mempertahankan KEJUARAAN ini.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000