Majlis Apresiasi InfostrukturWebinar@UCS 2023 dan Pelancaran InfostrukturWebinar@UCS 2024

 

4 Mac 2024 – Satu Majlis Apresiasi InfostrukturWebinar@UCS 2023 telah dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Selangor (UCS). Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor itu telah dijayakan bagi meraikan moderator dan penceramah InfostrukturWebinar@UCS 2023, sekaligus melancarkan InfostrukturWebinar@UCS 2024.

Tahniah diucapkan kepada Bahagian Infostruktur UCS telah berjaya menganjurkan sebanyak 18 siri webinar sepanjang tahun 2023. Membawa slogan “Memperkasakan Perubahan Melalui Transformasi Digital”, webinar yang akan dianjurkan pada tahun ini diharap dapat membantu dalam meningkatkan prestasi kerja seharian dan kualiti perkhidmatan di UCS.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000